Showing posts with label Amar ma'ruf nahi mungkar. Show all posts
Showing posts with label Amar ma'ruf nahi mungkar. Show all posts

Thursday, October 21, 2010

Mutiara hati - sampaikan walau se-ayat

Of late I've totally lost my interest to write. The writer in me is missing in action, leaving me behind high and dry...*sob sob*.

Anyway, a friend shared this on her FB wall recently. Every now and then we need to be reminded of the things or amalan that we often take for granted.

#########################

Assalamualaikum,just wanna share with everyone kisah benar yang saya lalui. Baru- baru ni ketika saya nak ke Surau berdekatan dgn rumah saya untuk sembahyang Isyak, seorang pak cik berjanggut putih dan berjubah putih dari jauh melemparkan senyum kepada saya. Kerana masih ada banyak waktu, saya tunggu pak cik berjanggut putih tu dan bertongkat yang tidak saya kenali itu. Timbul di hati saya untuk jalan seiringan ke surau. Bila beliau hampir pada saya, kami saling memberi salam.Orangnya sudah berumur.

Tiba-tiba, pak cik itu memulakan perbualan. Beliau cakap dalam bahasa Melayu dan Inggeris yang agak baik. Beliau cakap semua ayat Quran baik dan penting, tapi ada tiga surah yang beliau ‘pegang’ betul-betul, dan beliau nasihatkan saya supaya pegang betul-betul juga. Beliau juga nasihatkan saya supaya pesan pada anak-anak supaya pegangnya betul-betul.

Pertama, kata beliau, surah Al-Fatihah. Selain penting untuk sah sembahyang, ia juga ada doa minta bantuan Tuhan dan mintak tunjukkan jalan yang betul.Mudah-mudahan dengan ‘menjaga’ bersungguh-sungguh surah Al-Fatihah,akan terbuka pintu bantuan dan jalan yang betul untuk kita, kata pakcik.

Kedua, Surah Al-Ikhlas. Surah ini, katanya, surah tauhid. Kita mesti ingat Tuhan itu Esa dan semua amalan mesti untuk-Nya. Tak guna buat baik tapi tak ikhlas.

Ketiga, surah Al-Kafirun, kata pak cik. Bahagian ini, menarik sikit. Pak cik tu cakap surah Al-Kafirun ada kena mengena dengan zaman sekarang, zaman globalisasi. Dalam zaman globalisasi, katanya, anak-anak saya mesti diajar supaya pegang betul-betul surah itu. Sebab, dalam zaman globalisasi, anak saya mungkin kena kerja atau belajar sampai ke Amerika atau kemana-mana. Kalau dia pegang pada surah Al-Kafirun, insya-Allah, dia akan selamat, kata pak cik. Dia akan bergaul dengan orang beragama lain, tapi dia sedar "untukmu agamamu, untukku agamaku" Betul juga, fikir saya.

Kemudian, pak cik cakap ada satu lagi perkara yang saya mesti pegang. Orang Islam, katanya, mesti ada tiga kekuatan. Pertama, kekuatan minda. Minda, kata pak cik, ialah ilmu. Orang Islam mesti ada ilmu, termasuk ilmu moden, ilmu teknologi, ilmu teknologi maklumat (IT) dan sebagainya kerana ilmu-ilmu itu perlu untuk hidup.

Kedua, kekuatan hati. Hati ialah iman, kata pak cik. Hati orang Islam mesti kuat supaya betapa banyak sekali pun ilmunya, dia sedar siapa yang lebih berkuasa. Bila ilmu ada iman, barulah ilmu dan hidup jadi betul. Kalau minda kuat tapi hati tak kuat, maknanya kekuatan tak seimbang dan ilmu boleh rosakkan iman, kata pak cik.

Ketiga, kuat fizikal. Pertama-pertama, kalau tubuh badan lemah, susah ilmu nak masuk dalam minda, kata pak cik. Kalau pun ada ilmu dan ada iman, jika tubuh badan tak kuat, susah nak beramal. Maknanya, kekuatan masih tak seimbang, katanya. Habis saja pak cik cakap pasal tiga surah dan tiga kekuatan, beliau minta diri dan hilang dari pandangan saya setiba nya di surau tersebut

Terima kasih kepada pak cik berjanggut tu. Sebelum itu beliau berpesan agar saya sebarkan kepada yang lain. Pesanannya memang baik untuk saya sampaikan.

#########################

Thursday, October 14, 2010

Mutiara hati - sampaikan walau se-ayat

I just thought I should take a quick break to share a little information about fitnah, untuk renungan bersama di malam yang hening ini. I'm putting on my Ustazah hat tonight boleh...ngeeee.

Mungkin ramai menyangka perbuatan menyebarkan berita fitnah sekadar satu kesalahan kecil. Sebab itu, perbuatan seumpama ini dilakukan seperti tiada apa yang merugikan.

Hakikatnya, dosa membuat fitnah menjauhkan diri dari syurga. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah" (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

"Dan fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhannya" (Surah al-Baqarah, ayat 191)

"Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan." (Surah al-Hujurat, ayat 6)

Dosa membuat fitnah digolongkan sebagai dosa sesama manusia. Justeru, dosa itu tidak akan diampunkan Allah, melainkan orang yang difitnah itu memberi keampunan terhadap perbuatan itu - No amount of doa and prayers could make the sin go away! Ya Allah, betapa besarnya dosa fitnah.

Oleh itu, bersangka baiklah sesama manusia. InsyaAllah, lama kelamaan penyakit fitnah akan berkurangan.

Ya Allah ya Tuhanku, jauhkan lah aku, keluargaku, saudara-saudaraku dan sahabat-sahabatku dari sifat fitnah, hasat dengki dan buruk sangka...amin.

Sekian dari Ustazah Glokalmama untuk hari ini.

Disclaimer: Tiada kaitan sama ada yang masih hidup atau sudah mati. Penulis hanya ingin berkongsi ilmu. Peace.

Sunday, October 3, 2010

Sampaikan walaupun se-ayat

Please view the video with an open mind. A very interesting video to watch, especially part 1, part 2 may come as a little hard to believe for me though. A great revelation indeed to those who believe, but then again DO NOT take everything and anything you see on the internet as the truth and nothing but the truth. Remember, keep an open mind...

This video was posted by a friend on FB (it's 20 mins long!), that was taken from http://salafus-sholih.blogspot.com/ But this guy wasn't the original author.

Part 1


Part 2



Do check out the blog. Lots of useful info there if you fancy reading about Islam & akhir zaman. I particularly like the author's point of view about Islam - he's neither extreme nor moderate. Me & him are on the same page, I loike!

I say Allahuakhbar, Allahuakhbar, Allahuakbar!!!

Tuesday, August 24, 2010

The usage of the term MasyaAllah vs Astaghfirullah

I need a quick break peeps...hence, I need to write something here *happy*.

As a Muslim, it is our responsibility to share what little knowledge we have with each other. I'd like to do my bit today by sharing the correct use of the phrase “MasyaAllah”. I can't help but notice that some of us, Malay Muslims especially, are using the phrase in a wrong context. MasyaAllah by definition means “Allah Maha Agung”.

More than a decade ago an Arab woman said this to me upon seeing my wedding ring “MasyaAllah, what a beautiful ring” (she was just trying to being nice of course. My ring is an ordinary ring by the way, but that’s not the issue here lol!). That was when I realised that I was using the term incorrectly more than half of my life. The correct instance to use the phrase is when we see something nice or beautiful, like the nice Arab lady did. For example, we say “MasyaAllah she is such a beautiful baby”, or “MasyaAllah! what a nice home you have”, and NOT when we see something bad or unfortunate.

Instead, “Astaghfirullahal’azim” is to be used when we see something of a bad nature, met with an unfortunate incident or see something awful. By definition it means “Aku memohon ampun kepadamu Ya Allah”. For example, when we see an individual did something very bad, we should say “Astagfirullahal’azim” and not “MasyaAllah”.

JazakAllah.

Sunday, August 8, 2010

Ampunkanlah dosa-dosa ku

Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan “Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:
* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
* Tidak bermaaafan terlebih dahulu antara suami isteri;
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya”

Justeru itu, bersempena bulan Ramadhan yang bakal menjelma, ku susun sepuluh jari memohon ampun dan maaf di atas segala kesalahan, baik yang tidak di sengajakan mahupun yang di sengajakan. Halalkan juga segala makan dan minum ku dan keluargaku. Sesungguhnya telah ku ampunkan segala dosa2 mu keatasku (jika ada), dan juga telah ku halalkan makan dan minum mu (jika ada).

Semoga kita mendapat keberkatan dari-Nya di sepanjang Ramadhan yang mulia ini, insyaAllah. Selamat menyambut Ramadhan al-mubarak.

Monday, August 2, 2010

Sayangnya Allah pada wanita

A friend recently posted this on her FB wall (the positive aspect of FB). A very good reminder for us all, especially women...

1. Wanita auratnya lebih susah dijaga (lebih banyak) berbanding lelaki.
Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang terselamat dan terbaik. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.

2.Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
Wanita perlu taat kepada suami, tetapi tahukah lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama daripada kepada bapanya?

3. Wanita menerima pusaka lebih sedikit daripada lelaki.
Tetapi tahukah harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, sementara apabila lelaki menerima pusaka, dia perlu/wajib juga menggunakan hartanya untuk isteri dan anak-anak.

4. Wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi tahukah bahawa setiap saat dia didoakan oleh segala makhluk, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di muka bumi ini, dan ingatkah jika dia meninggal dunia karena melahirkan adalah syahid dan syurga menantinya.

5. Wanita wajib taat kepada suaminya, sementara suami tak perlu taat pada isterinya.
Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita, iaitu: Isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya. Ini bermakna, bagi seorang wanita tanggung jawab terhadapnya ditanggung oleh 4 orang lelaki,iaitu : suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.

6. Talaq terletak di tangan suami dan bukan isteri.
Wanita dikatakan sukar mengawal emosi. Seorang wanita boleh memasuki pintu syurga melalui pintu surga yang mana saja yang disukainya, cukup dengan 4 syarat saja, iaitu: solat 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat kepada suaminya dan menjaga kehormatannya.

7. Wanita kurang dalam beribadat kerana adanya masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.
Seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah, sementara bagi wanita jika taat akan suaminya, serta menunaikan tanggung-jawabnya kepada ALLAH, maka ia akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

I say who are we to argue this? We should be happy to have been born a female. Alhamdulillah...

Sunday, August 1, 2010

Doaku

A reminder for myself, a doa to recite 17 times a day without fail.

Robbighfirli (Tuhanku, ampuni aku), Warhamni (sayangi aku), Wajburnii (tutuplah aib-aibku), Warfa'nii (angkatlah darjatku), Warzuqnii (berilah aku rezeki), Wahdinii (berilah aku petunjuk), Wa'Aafinii (sihatkan aku), Wa'fuannii (maafkan aku)

Monday, July 26, 2010

A new leaf, a new book

A friend said recently, she is now seeing the world in a totally different way after she lost her loved one to cancer. In all honesty, I am in the same boat with her after the passing of my brother. It was an eye-opener for me. Only God know how his death has affected me in such a big way, more than anyone would ever know.

In conjunction with Nisfu Sya’ban, (the Closing of the book of practice) I hope to start a new spiritually fulfilling life in my brand new ‘book of practise'. May Allah show me the way.

Pengertian nisfu Sya'ban:

Nisfu dalam bahasa arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Sya'ban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Sya'ban iaitu siangnya empat-belas haribulan Sya'ban.

Malam Nisfu Sya'ban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a:

Rasulullah saw telah bangun pada malam (Nisfu Sy'aban) dan bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda saw dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda saw berkata dlm sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dpt menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri.”

Setelah Baginda saw selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a. “Malam ini adalan malam Nisfu sya'ban. Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah dtg kpd hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kpd mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang2 yg dengki.”

Hari nisfu sya’aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya’aban bermula pada 14 hb sya’aban sebaik sahaja masuk maghrib)

I hope and pray that this will mark a new leaf for me, a new beginning, a brand new me. Semoga kita semua di beri keampunan ke atas dosa2 terdahulu dan mulakan 'buku' baru kita dengan penuh keinsafan. May Allah continue to show us the way...insyaAllah.

Wednesday, July 21, 2010

Zikir harian

Berzikir mengingati Allah itu adalah ubat yang paling mujarab untuk jiwa...insyaAllah



Fadhilatnya:

Hari Jumaat : Allah akan memberi ketenangan hati kepada orang yang membacanya
Hari Sabtu: Setiap kali kita menyebutnya, Allah akan hampir kepada kita dan Allah akan memberi segala kebaikan kepada kita
Hari Ahad: Memperolehi harta yang banyak dan membawa berkat, serta dicintai oleh setiap manusia
Hari Isnin: Setiap bacaan, Allah memberi pahala sebesar bukit uhud dan menghindari sifat-sifat mazmumah dalam diri kita
Hari Selasa: Setiap kali baca, Allah akan ampunkan dosa kita selama setahun
Hari Rabu: Setiap satu kali bacaan, Allah akan hilangkan satu titik hitam dalam hati
Hari Khamis: Setiap kali bacaan, Allah akan mengampunkan dosa kita sebanyak buih di lautan dan Allah akan menghidupkan satu pohon buat kita di syurga.