A friend recently posted this on her FB wall (the positive aspect of FB). A very good reminder for us all, especially women...
1. Wanita auratnya lebih susah dijaga (lebih banyak) berbanding lelaki.
Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang terselamat dan terbaik. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.
2.Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
Wanita perlu taat kepada suami, tetapi tahukah lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama daripada kepada bapanya?
3. Wanita menerima pusaka lebih sedikit daripada lelaki.
Tetapi tahukah harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, sementara apabila lelaki menerima pusaka, dia perlu/wajib juga menggunakan hartanya untuk isteri dan anak-anak.
4. Wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi tahukah bahawa setiap saat dia didoakan oleh segala makhluk, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di muka bumi ini, dan ingatkah jika dia meninggal dunia karena melahirkan adalah syahid dan syurga menantinya.
5. Wanita wajib taat kepada suaminya, sementara suami tak perlu taat pada isterinya.
Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita, iaitu: Isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya. Ini bermakna, bagi seorang wanita tanggung jawab terhadapnya ditanggung oleh 4 orang lelaki,iaitu : suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.
6. Talaq terletak di tangan suami dan bukan isteri.
Wanita dikatakan sukar mengawal emosi. Seorang wanita boleh memasuki pintu syurga melalui pintu surga yang mana saja yang disukainya, cukup dengan 4 syarat saja, iaitu: solat 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat kepada suaminya dan menjaga kehormatannya.
7. Wanita kurang dalam beribadat kerana adanya masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.
Seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah, sementara bagi wanita jika taat akan suaminya, serta menunaikan tanggung-jawabnya kepada ALLAH, maka ia akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.
I say who are we to argue this? We should be happy to have been born a female. Alhamdulillah...
No comments:
Post a Comment